Sunday, June 20, 2010

Kembali Kemaskini

Assalammulaikum,

lama sudah tidak berblog, menyepi sekejap dr dunia blogging, bnyak bermuka buku (facebook), sehingga terlupa update blog..

sekarang aku sangat teruja menunggu kelahiran anak sulung kami, terima kasih utk isteri terchinta (dulu cik tining)..love u sayang, jantinanya masih tanda tanya..hehe, aku tidak kesah lelaki atau perempuan, yang penting bunda(isteriku gelarkan dirinya) dan anak kami selamat dan sihat..bulan 7 nie boleh bersiap2 beli barang baby..hehe..tiap hr merasa gerakan pada perut isteriku..hehe, x sabar aku, bercakap dgn dia..mcm paham je..gerakan dia..hehe, masa awal mengandung...dh kuat bergerak..hehe.

dunia photography aku, alhamdulillah setakat ini, berjaya aku ke indonesia bersama kugiran monoloque, mereka bermain di bandung dan jakarta, 4 hari aku disana..satu pengalaman amat berharga...terima kasih monoloque.

kerja aku sekarang di Istana Negara Baru (jalan Duta), duduk selia kualiti di tapak bina, suatu penghormatan dapat ditempatkan disini, siapa sangka aku dpt menjadi sebahagian dr sejarah negara bersama team membina istana negara,aku harap dapat melaksanakan tanggujawab dgn amanah! terima kasih boss kerna memberi kepercayaan.

tahun ni walaupun tahun yang gembira, masih ada ujian dr Allah S.W.T buat aku, emakku mengidap kanser payudara..alhamdulillah berjaya dibuang dn sekarang sedang menjalani rawatan Kemoterphy(rawatan susulan mencegah kanser), aku berharap emak aku kuat dan cepat sembuh seperti sediakala. Sedih aku mendengar berita mcm ini, tp aku pegang..ini semua kerja Allah S.W.T setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...supaya aku sedar dn tidak leka kepada keluarga aku...nasib adikku syuhada masih belum lapor diri ke MINDAF dapat tgk2 kn emak aku...terima kasih ADA.


alhamdulillah..akhirnya, adik aku syuhada juga berjaya menghabiskan pengajian nya dalam bidang perubatan dn sekarang dia dh bergelar Doktor Syuhada lepas ni dia perlu melapor diri ke MINDAF untuk jadi Kapten pulak..so title dia Kapt Dr Syuhada, dasyat..dan sekarang kau boleh jalan2 dan enjoy!..haha..tahniah abglong dn kak yatt ucapkan.

aku akan ceritakan ringkasan ini td dgn gambar2 kelak!..setakat ini sahaja!