Thursday, May 21, 2009

Kaki Lenguh


Hari ini, hari kedua masuk ke site, keje yang sama..bangun pagi 5 lebih ..cadangan bergerak 8 tapi 9, kaki dah mula berdenyut2 lenguh mendaki semalam....cet...kami bergerak ke Daerah Beluran, dari kota marudu ke pitas, menikmati jalan2 ditepi pantai yang sungguh mengasyikan..rumah2 suku bajau laut yang suka berumah ditepi pantai dan diair...tapi kami hanya lalu kena nak mengejar masuk awal di tapak.Jalan dr pitas ke beluran sgt memeningkan buat abang roslan, dua kali berhenti muntah..mmg sesiapa kaki drift, elok layan jalan nie..mmg 's' habis...

Cadangan pertama mmg hendak ke SK aduan, tgk disign board luarannya 25km jalan balak 1 jam naik bot, hahaha...masak, lalu kami menukar haluan ke Sk lindungan dan SK sg sapi, Sk lindungan nie sekolah dilereng bukit,dan berdekatan dengan sungai,selesai disana, kami bergerak pula ke sk sg sapi, sekolah didalam ladang kelapa sawit,berapa lapis ladang milik syarikat kelapa sawit kami lalui, selamat dapat perlepasan..keje selesai dalam pukul 5 dan kami pulang menuju Sandakan..esk kami survey di daerah sandakan pula.

No comments:

Post a Comment